Latar Belakang Perniagaan

Ahad, 21 Mac 2010

Idea untuk menghasilkan roti canai segera terdetik setelah 25 tahun pengalaman berniaga menjual roti canai sebagai sarapan pagi. Pengalaman yang diperolehi telah memberi keyakinan kepada En Mohamad Karim Bin Kamsai untuk mengorak langkah sebagai pengeluar roti canai segera dengan jenama ‘Awangku’. Sebagai permulaan, En. Karim menjadikan rumah ibu bapa beliau di Felda Air Tawar 3 sebagai tempat operasi pengeluaran. Setahun kemudian, beliau berpindah ke premis perniagaan yang baru di Taman Industri Pasak.


Dengan hanya bermodalkan RM30,000.00, kini beliau mampu mengupah 10 orang pekerja untuk membantu beliau. Seramai 5 orang penebar roti canai diperlukan untuk menghasilkan 2500 keping roti canai sehari, sambil dibantu oleh 5 orang pekerja lagi bagi tujuan memasak dan membungkus. Sehingga ke hari ini, pasaran Roti Canai Segera Awangku tertumpu di sekitar Daerah Kota Tinggi kerana permintaan yang sangat tinggi dan kadar pengeluaran yang terhad. Sebagai perancangan masa hadapan, beliau sedang melakukan beberapa inisiatif untuk meningkatkan jumlah pengeluaran dan melebarkan lagi pasaran Roti Canai Awangku untuk memasuki pasaran pasaraya-pasaraya besar di seluruh Malaysia.

Usahawan yang berusia 40 tahun ini diberi sokongan padu oleh isteri beiau iaitu, Puan. Arinawati Bt. Abd Salam dan 2 orang putera serta seorang puteri yang menjadi sumber inspirasi beliau. Berpegang kepada prinsip berani mencuba untuk berjaya, beliau yang hanya memiliki sijil SRP tidak menjadikan isu tersebut sebagai penghalang untuk berjaya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan roti canai ‘Awangku’, bolehlah menghubungi En. Mohamad Karim Bin Kamsai di talian 013-7339410 untuk tempahan atau datang terus ke kilang.

1 ulasan:

Unknown 26 November 2012 pada 3:32 PG  

assalam.. saya nak bertanya kpd encik.. apakah prosess yg perlu saya buat untuk menjual roti canai frozen nie..? saya blh buat roti canai frozen nie.. tp saya x tau nk pasarkan dan cara nak jual di pasaran di luar.. diahap boleh berkongsi dengan saya di alamat email aidilazahar69@gmail.com

Catat Ulasan